Sunday 11 December 2011

Hasan Ali

Semalam diumumkan bahawa Dato' Dr.Hasan Ali telah digugurkan sebagai calon PAS pada PRU13 akan datang.Kenapa ? Pastinya sikap beliau yg berani menegakkan kebenaran Islam dan menentang sesiapa saja tanpa mengira agenda peribadi seperti Mat Sabu,Khalid Samad dan Nik Aziz.

Hasan Ali adalah seorg yg berilmu dlm Islam dan tidak mencampur-adukkannya dgn politik,dahulu beliau sering keluar TV dgn slot motivasinya namun di "ban" apabila beliau cenderung kepada bukan BN.

Nasihat saya kepada Hasan Ali,letaklah jawatan,keluarlah PAS dan sertailah UMNO.Saya pasti ramai yg akan mengikuti beliau kerana pastinya beliau ada penyokong dan pengaruhnya sendiri dan pasti akan memecah-belahkan undi kepada PAS.PAS kini parti sekular,pemimpinnya cenderung kepada DAP kafir tetapi bertopengkan kopiah dan tongkat.Mereka bukan lagi ilmuwan dan hartawan Islam.

Saya juga pasti hati Hasan Ali adalah pada kerajaan tapi ego utk menyertai kerajaan.Sertailah kerajaan,bawalah ilmu Islam kamu dan terapkanlah ke dalam UMNO.Begitu juga Nasharuddin Isa yg diketepikan oleh Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Friday 9 December 2011

Perpaduan Melayu

Ramai yg masih keliru dgn apakah maksudnya perpaduan Melayu ? Mereka keliru beza perpaduan Melayu dan perpaduan Islam,tanpa mereka sedari ianya adalah perkara yg sama.Melihat kembali kepada sejarah,UMNO dan PAS pernah bersatu ketika zaman Tun  Razak.Namun,atas alasan konflik dalaman,mereka berpecah yakni berpecahlah Islam.

Sebenarnya semua org Melayu di Malaysia ini asalnya daripada UMNO kerana UMNO merupakan parti pertama yg bertindak sebagai wadah perjuangan org Melayu.Pada ketika itu tiada hasut sana hasut sini tiada pengaruh media,cuma bergantung kepada kaliber dan jiwa Melayu seseorg Melayu itu.

Namun,titik tolaknya bermula apabila Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan krisis kepimpinan UMNO bermula apabila Haji Ahmad Fuad Hassan mencabar Tunku Abdul Rahman pada pemilihan UMNO.Beliau kalah dan menubuhkan PAS atas nama Islam dan berdasarkan kepimpinan Islam.Disebabkan persengketaan Ahmad Fuad dan Tunku ini maka Melayu yakni Islam berpecahlah dua.

Kekuatan 100% org Melayu yg menyebabkan mereka berjaya menumbangkan Malayan Union ini hanya tinggal 50% kerana mereka berpecah dua.Walaupun mereka bersatu seketika namun mereka berpecah kembali kerana Melayu memang tidak boleh tgk org lain lebih handal drpd mereka.Contoh : Lihatlah saja cantas-mencantas dlm UMNO,PAS dan jawatan-jawatan dlm kerajaan.

Dikala Melayu masih berdiri pada tahap 50% ini,lahirlah Dato' Seri Anwar Ibrahim dlm kancah politik Malaysia sebagai seorg yg memukau,berpengaruh dan petah berpidato.Dato' Seri Anwar yg pada mulanya bersama ABIM nampaknya akan menyertai PAS berdasarkan luarannya yg begitu Islamik.Namun,beliau mengejutkan rakan-rakan ABIM-PAS nya seperti Dato' Fadzil Noor,Dato' Seri Hadi Awang dan Siddiq Fadhil apabila beliau menyertai UMNO tanpa mengeruhkan persahabatannya dgn rakan-rakan Islamiknya.Di sinilah mainan politik pertama Anwar.Beliau berjaya meyakinkan Tun Dr.Mahathir bahawa tujuan beliau masuk UMNO adalah utk mengubah UMNO dari dlm ke arah Islam.Pada ketika ini paras kekuatan Melayu masih di tahap 50%.

Tahun berganti tahun Anwar sudah mendaki hirarki kepimpinan UMNO sehinggalah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dlm masa hanya 11 tahun pada tahun 1993 setelah memalukan tokoh Melayu,Tun Ghafar Baba.

Setelah terlibat dgn berbagai masalah peribadi,termasuk kecelaruan seksualiti Dato' Seri Anwar dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.Namun,beliau tidak mengaku bersalah sebaliknya bertubi-tubi menghina dan memfitnah org yg kononnya beliau akui sebagai bapa iaitu Tun Dr.Mahathir,kononnya ianya konspirasi utk menjatuhkan beliau.Mahathir yg angkat beliau dlm masa singkat,utk apa Mahathir jatuhkan beliau semula ? Logik akal,tak perlu fahaman politik.Tapi itulah Melayu yg terpengaruh dgn pidato Anwar.Maka beliau didapati bersalah setelah mendpt perbicaraan dan dipenjara pada 1998.Maka PKR pula ditubuhkan.Dan pada saat itu Melayu sudah berpecah tiga.Mulanya pada 100,kemudian 50,kini hanya 33.33% ? Itukah kekuatan Melayu sebagai bangsa majoriti dan bangsa asal di Malaysia yg asalnya Tanah Melayu ? Kita adalah majoriti namun tidak menguasai majoriti kekayaan tanah kita kerana terlalu sibukkan politik.
Jadi siapakah tokoh perpecahan perpaduan Melayu Islam ini ?\
Adakah Ahmad Fuad,Tunku Abdul Rahman,Nik Aziz,Mahathir atau Anwar ?

Itulah Dilema Melayu dan Melayu Mudah Lupa yg dimaksudkan Tun Dr.Mahathir.